a)Menaiktaraf pemikiran:
· Kita sering berkata tentang minda masyarakat kelas ketiga, tanpa menimbang mungkinkan minda kita pun termasuk dalam kelas tersebut.Untuk memajukan minda masyarakat, ia perlu bermula dengan individu dan sekecil-kecil individu untuk mengubah minda masyarakat dari kelas ketiga kepada kelas pertama ialah dengan menaiktaraf pemikiran dan minda kita sendiri.Caranya mungkin dengna lebih banyak membaca, lebih banyak bercakap atau berbincang tentang perkara ilmiah, kurangkan membuang masa tak tentu hala, sentiasa mencabar diri sendirim belajar benda baru dan sebagainya.
b)Memperbaiki kedudukan kewangan:
· Kita mungkin ada azam nak jadi kaya, tapi bagaimana?Tunggu gaji naik?Barang pun naik juga.Jadi nak baik pulih kedudukan kewangan ini bermula dengan sekecil-kecil usaha iaitu merancang perbelanjaan, berjimat-cermat, hinggalah kepada mengerjakan pendapatan sampingan.
c)Meningkatkan kesihatan:
· Sihat minda, sihat tubuh badan, sihat jiwa, sihat roh dan sihat seluruhnya.Nak dapatkan sihat, kita kenalah ambil makanan berkhasiat, jauhi makanan ringan, ambil ubat-ubatan, bersenam dan sebagainya.Nak dapatkan roh yang sihat ialah dengan memperbanyakkan amalan.Nak dapatkan minda yang sihat ialah dengan sentiasa menggalakkan otak kita berfikir.Tak bolehlah nak duduk-duduk saja dan berharap “Semoga Allah bagi kesihatan yang baik” sedangkan latihan tidak ada, makan merapu dan lain-lain lagi.
d)Naiktaraf pekerjaan:
· Bukan naik pangkat sahaja,tapi menaikkan dan memperbaikkan cara kita bekerja.Mungkin tahun sebelum ni asyik dengan facebook sahaja, tahun depan ni kurangkan facebook, banyakkan belajar dan cuba aplikasi benda-benda baru yang boleh kita buat untuk meningkatkan prestasi di tempat kerja.Mungkin tahun sebelum ini kerja tak syok, bos tak saying dan lain-lain tahun depan ni cari kerja baru yang lebih syok.
e)Tingkatkan prestasi diri:
· Jadi seorang yang lebih positif, lebih berdikari, lebih matang, lebih tenang tak tekanan, kurangkan merungut lebihkan berbuat, lebih tersusun, lebih menghargai masa dan sebagainya.
f)Perbaiki ibadah:
· Kalau solat asyik lambat sahaja,asyik potong sahaja,malas-malas sahaja, masanya untuk ubah sebelum kita berubah menjadi “Allahyarham atau Allahyarhamah”.Tahun baru ini kita diberi nafas untuk hidup lagi bukan nak suruh kita bergegak gempita gumbira sambut tahun baru, sebaliknya muhasabah apa benda yang kita dah buat dan rancang untuk yang lebih baik, kerana kita diberi tempoh lagi untuk bertaubat dan berbuat baik.Kalau ada yang asyik duduk sakit hati dengan orang, sakitkan hati orang,kenakan orang, bawak-bawaklah minta ampun maaf, nanti mati esok susah nak lepas hisab bila tidak dapat kemaafan orang.

boleh buat esei terus ni . ><
ReplyDeletehaha...mmg dh create utk esei ak..:)
ReplyDelete